Friday, November 1, 2013
Anak sulung ku
Thursday, July 12, 2012
Friday, August 12, 2011
Part III- Kelas paling best sepanjang aku di sekolah rendah
Paling dinanti-nantikan adalah time cuti sekolah. Mak n abah selalu hantar aku dan titi balik kampung. Aku ape lagi..keseronokkan memang tak terkata lah. Selalunya aku dok umah atuk kat kg. Life kat kampung masa tu memang best. Elektrik takde lagi. so, malam2 atuk n wan hanya pasang pelita je lah. Pastu atuk suka citer kisah2 lama, kisah perang jepun, kisah dia pernah jadi polis dulu. Bila time nak tido. wan mula pasang kelambu..Aku tido dengan atuk. titi tidur dengan wan. seronok sangat suasana kampung.
Atuk tau aku minat naik keretapi. jadi dia selalu bawak aku naik keretapi pegi Gua Musang. lebih kurang pukul 9pg. atuk akan bawa aku n titi pergi stesen keretapi. lepas beli tiket, keretapi pun sampai. Tempat favaorite aku semestinya di tepi tingkap. Aku jadi teruja sangat2 sebab aku suka tengok view kat luar sepanjang keretapi ni menghala ke Gua Musang.
Kadang2 aku, titi, atuk n wan jalan kaki pegi kebun. Jauh jugaklah menapak. Tapi aku takde hal sebab aku suka suasana kampung. Kebetulan pak cu aku baru start wat projek ternakan ikan air tawar kat dalam kebun tu. So ape lagi, memancing la..Wan memang tak lupa dengan mangkuk tingkatnya, dalam mangkuk tingkat tu dia bawak nasik, sardin, ayam goreng n telur. wan n atuk memang suka kalu aku dengan titi berselera makan. Kadang2 dalam perjalanan nak pegi tu pun atuk leh singgah kat gerai tepi jalan n beli nasi lemak. Kat kebun atuk banyak yang dia tanam..Ada pokok durian, rambutan, langsat, pokok koko..etc. Aku biase la, cari joran yang dibuat sendiri. Gi memancing kat kolam pak cu. Pernah sekali, leka dengan mengail..Aku terjatuh dalam kolam ikan. Mati2 aku ingat dalam..Rupanya paras pinggang je.. Atuk n wan mengekek gelak ..Pastu dah tengahari sikit..an panggil aku makan nasik...Selalunya. kitorang akan balik dari kebun lepas waktu zohor.
Waktu petang, atuk suka ajak aku tengok bola..kat kg aku ada padang bola yang sentiasa sarat dengan pertandingan. dari pertandingan 7 sebelah, pertandingan antara blok2 kampung..Ataupun pertandingan daerah. atuk memang suka. dia paling kuat menjerit n ketawa..kadang2 dia jadi pengulas sukan yang bertauliah..
Erm...sebenarnya di kampung..aku ada 2 versi life kat sana. first, life aku dengan atuk n nenek. second, life aku dengan Aki n Wan n sepupu2 aku yang ramai. maklumlah. mak dan abah satu kampung..cuma.. Abh blah selatan n mak belah utara kampung.
Kalu life aku dengan sepupu..erm sepanjang hari asyik main main main. Asal celik mata je...Ada je aktiviti yang kitorang buat. enang cakap, zaman muda aku time tu memang sangat2 hepi. tapi yang kelakar, bila tiba malam. Aku dengan titi paling cepat tido..Gara2 terlalu penat.
Aki aku lain caranya cm atuk aku..dia suka sarapan kat luar. Habis je solat subuh, dia ajak sepupu aku ( Abg Zie, Ami n Deli) gi sarapan kat warung depan sekolah rendah. Jarak dia jauh gak lah, kira 3 kilometer. Selalunya dia pegi dengan lori kecik dia. Part yang paling aku teruja bila dok belakang lori...Tak kira cuaca sejuk, panas, hujan ke..yang penting best dok kat belakang lori.
Sampai warung..favaorite aku dengan sepupu2 aku tentunya nasi berlauk mek jah..Memang sedap giler lah.Aku paling suka karinya. Bila hari2 dah datang, owner warung nama dia Pak su mat zin dah mula kenal aku. dia cakap ni cucu kesayangan 'pakndak harun'(aki) dah maghi...
continued...
Thursday, August 11, 2011
When I was young Part II- 1988-1989
Cikgu paling garang pernah aku kenal...
Semasa aku darjah 2 ( tahun 1989). Aku ada 2 orang cikgu yang paling garang pernah hadir dalam hidup aku. Garang giler sampai aku kecut perut n tak berani angkat muka. Nama 2 cikgu tu ialah...cikgu Teoh Eng Peng dan Cikgu Azizah. Cikgu teoh ajar Matematik dan cikgu Azizah plak Bahasa Malaysia. Garang-garang diorang ni, kalu diaorang masuk kelas, macam malaikat melintas.
Sebenarnya 2 cikgu ini adalah berkawan baik. sama2 berkhidmat di SKPD lebih dari 15 tahun (kalau tak silap aku) dan diorang terkenal macam harimau dan singa sekolah aku. That y lah..masa darjah 2 ini adalah tahun2 paling menggerunkan bagi aku dan semua murid2 kat sini. Pernah cikgu Azizah sebat sorang budak perempuan dengan pembaris panjang kat belakang budak tu, sampai pembaris tu patah 3. Cikgu teoh plak jangan cakap lah. bulu ayam tu baru pakai sebulan dan jadi togel gara2 dia suka rotan budak.Tapi aku bernasib baik, aku tak kena apa2 kesalahan dari diorang. tak berani cari pasal beb. kang tak de pasal berbirat badan aku.
Oklah..aku nak flashback sikit masa tahun 1988 (darjah 1). Segalanya baru bagi aku waktu tu. beg baru, pensil baru, buku baru, uniform sekolah, kasut semua baru. Aku bangga dengan diri aku sebab mak mahupun abah tak teman aku lama2 masa program orintasi sekolah. aku dah boleh bawak diri dah.
Rumusan tentang diri aku masa darjah 1:-
1) Guru kelas pertama aku nama dia Cikgu Aishah
2) Kawan pertama aku Abdul Ghani bin Ayob (smpai sekarang still keep in touch)
3) Aku dapat tempat ke-14 semasa peperiksaan akhir tahun
4) Pasukan rumah kuning sekolah
5) Aku ada group member yang kamcing (Adhar, Hasmizal, Ghani, Zulbairi dan Rafiq)
Semasa aku darjah 1, aku dah tinggal di taman setiawangsa. di taman setiawangsa ini ada kawasan perumahan polis. maklumlah, abah aku polis. tapi duduk kat situ tak lama. lebih kurang hampir setahun. mak dengan abah berpakat nak beli rumah di Taman Sri Gombak, Selangor
Buat pertama kali, kami sekeluarga duduk di rumah sendiri. Walaupun abah n mak beli rumah jauh dari tempat dulu, tetapi kepuasan bila ada rumah sendiri lagi baik berbanding dok menyewa. Mak cakap, harga rumah tu 75K (harga sekarang dah 180k). Paling best, aku dah ada bilik aku sindiri. Erm..masa tu dida plak nak membesar..umur dia 2 tahun lebih,
Kata orang, kalu dah duduk tempat baru, mesti lah rasa life dan persekitaran berbeza. Oleh kerana rumah jauh dari office mak n abah n sekolah aku jugak. maka rutin harian kami dah mula bertukar mendadak. seawal kul 5.30 pg.. aku dah bangun tido. kul 6.15 pg dah on the road. maklum la, ini je cara terbaik bertolak awal untuk elak jam kat KL
Ok tu je aku nak story apa yang berlaku sekitar tahun 1988-1989...sekadar memori2 yang dikumpul balik dan dirumuskan dalam blog aku ni..sekian
Wednesday, August 10, 2011
When I was Young Part 1- sekitar tahun 1987
Seingat aku,pada masa ini aku tinggal di Taman Keramat, Kuala Lumpur. Masa tu belum ada bas Intrakota, Metrobus, apa tah lagi LRT, Monorail dan Komuter macam sekarang. Hanya Bas Mini Wilayah dan Bas Sri Jaya adalah pengangkutan yang memonopoli hampir keseluruhan sistem pengangkutan di KL pasa masa tu. erm..aku juga pernah rasa naik kedua2 bas tersebut dulu. sangat2 nostalgia.
Umur aku 6 tahun. Mak dan Abah risau pasal aku kerana tahun depan (1988) aku dah mula masuk sekolah rendah. So diorang lah yang cadangkan aku untuk masuk Tadika. Pada aku macam dah lewat sangat.patutnya dari umur aku 4 tahun lagi.. tapi apa boleh buat pada budak yang berusia 6 tahun ni. Aku bukan jenis melawan cakap orang tua. aku follow je lah walaupun tak rela ;p
Hari pertama aku di sekolah tadika, aku amat2 segan. aku dengan titi daftar tadika tu sekali. tapi apa yang aku tak puas hati. aku dengan titi sekelas. for sure rasa segan seorang abg pada adiknya tak dapat dielakkan. apa boleh buat..tadika ni tak mengira umur, asalkan boleh paham apa yang diajar. lagipun aku dengan titi cuma beza setahun je.
hari pertama jugaklah, kami berdua belum dapat uniform. yang lain dah pakai uniform putih merah ( sebab diorang dah 2 bulan belajar, kitorang baru nk start kenal huruf). Time break pun masimg2(bebudak tadika) ada pinggan mangkuk sendiri. Rupa2nya memang dah jadi kewajipan pada budak tadika kena ada set pinggan mangkuk yang wajib dibeli dengan pengurusan tadika tersebut sendiri. adoii!!!!..segan lagi..janggal, terasing, dipinggirkan, rasa nak nangis..sume adalah..
Dah masuk 3 bulan barulah aku dapat serasi dengan kelas. Mula-mula aku berminat follow apa saja yang cikgu ajar. tapi lama2 macam boring plak. last-last aku leh buat kepala aku sendiri.... Dan buat pertama kali aku kena denda berdiri diatas kerusi, gara-gara buat bising..memalukan ;p
Aku mula di cop sebagai budak nakal. dan pertama kali aku kenal perkatan english dari cikgu pompuan india, dia cakap pada aku... "You are a naughty boy" sambil tunding jari dan mengetap bibir geram. erm....naughty? aku tak pernah rasa aku naughty. tapi perkataan yang lebih tepat adalah " loss focus". aku memang kuat berkhayal, aku dengan dunia aku. Lain cikgu suruh, lain yang aku buat. Nak hilang stress. aku cuit budak tu, aku cucuk pinggang budak ni. Malah ada yang nangis sebab tak tahan dengan usikan aku ;)
Tak banyak kenangan aku sebenarnya di tadika ini. Dan aku sendiri pun tak lama di tadika. Aku cakap dengan mak n abah yang aku taknak pegi tadika lagi. Walapun diorang marah tapi diorang ikutkan je la apa yang aku nak...Diorang risau sebab tahun depan aku dah naik darjah 1. Hanya titi sajalah yang terus belajar kat situ. sampai dia graduate. ermm..titi dengan aku memang cam langit dan bumi.. Dia rajin, fokus, bijak dan ulat buku. Aku pulak sebaliknya. biasalah budak lelaki..Asyik nak main, nak enjoy je.
Peristiwa paling aku tak lupa jadi pada tahun 1987 dan ianya terpalit dalam lipatan sejarah keluarga aku. Pada satu malam..Sekitar pukul 7-8 mlm. Aku, abah dan titi naik motor Honda Cup gi pasar malam. Masa nak balik dari pasar malam tu. Kitorang accident. Aku tercampak masuk dalam lopak air kat tepi jalan, abah pulak terpelanting tak jauh dari motor dan keadaan titi lah yang paling sedih. Dia tersepit bawah motor sampai peha kaki kiri dia patah. segalanya pantas berlaku masa tu. aku blurr sangat..
Rupanya kami di rempuh oleh kereta yang memotong kenderaan lain ikut kiri. So kereta tu makan bahu jalan lah. Abah pulak baru start motor n nak lintas jalan. Tapi malangnya kami dilanggar.
Aku cuma cedera kat siku kiri dan lebam2 kat kepala lutut. Abah hanya luka di kepala kut...( tah la aku tak ingat sangat) tapi kitorang just 'Out patient treament" je. Yng kesian titi..Kna tahan wad di HBKL (sekarang HKL). Tngok titi meraung menahan sakit amat memilukan. Tengok mak pulak berjurai airmata sambil pujuk titi yang lepas operation. masa tu dida baru umur setahun. tapi dia dijaga oleh Su (adik abah yang bongsu) kat rumah.
Berita kami accident membuatkan orang2 kampung dan saudara mara kami datang. Wan n atuk (belah mak) serta Aki n wan (belah abah) datang melawat. umah kami penuh sepanjang tempoh titi di wad. maklumlah kami ni cucu2 awal bagi diorang..cucu kesayangan lagi...
Oklah itu je bingkisan dari sebahagian memori yang aku ingat diusia aku 6 tahun. nanti aku sambung cerita pada part 2 plak. sekian wasalam
Tuesday, August 9, 2011
When i was young
Ini adalah content terbaru yang akan aku muatkan dalam blog aku kali ini. Content ini akan dibuat part by part. dan aku pastikan perkara2 yang aku cerita adalah perkara2 yang pernah aku alami dulu....
Monday, December 6, 2010
Day 310 (7/12/2010)
Suhu bilik sekitar 17'c..Sejuk sangat. Tambah plak cuaca di luar mendung. Patutnye cuti2 malaysia hari ni aku selalu bangun lambat. erm mybe dah terbiasa bangun awal kut, that y mata aku cerah semacam je ni.
kat Tv ada citer "Cinta Luar Biasa"( Lakonan Apek, Nasya Aziz,Hans Issac). dah berapa kali asyik ulang tayang benda yang sama..tapi takla menarik minat aku pun coz aku sendiri mangarang blog ni.
Aku godek2 gak website2 lain..website kegemaran aku adalah berita harian online, utusan online,kosmo, facebook, fifa.com...Yang penting Liverpool menang 3-0 dengan Aston Villa :P
Erm hari ni nak wat pe ek....? Takkan nak lepak kat bilik je kut..tapi nak kuar plak, nak gi mana? Better habiskan masa baca buku....huh~


