Monday, December 6, 2010

Day 310 (7/12/2010)

Awal Pagi

Suhu bilik sekitar 17'c..Sejuk sangat. Tambah plak cuaca di luar mendung. Patutnye cuti2 malaysia hari ni aku selalu bangun lambat. erm mybe dah terbiasa bangun awal kut, that y mata aku cerah semacam je ni.

kat Tv ada citer "Cinta Luar Biasa"( Lakonan Apek, Nasya Aziz,Hans Issac). dah berapa kali asyik ulang tayang benda yang sama..tapi takla menarik minat aku pun coz aku sendiri mangarang blog ni.
Aku godek2 gak website2 lain..website kegemaran aku adalah berita harian online, utusan online,kosmo, facebook, fifa.com...Yang penting Liverpool menang 3-0 dengan Aston Villa :P

Erm hari ni nak wat pe ek....? Takkan nak lepak kat bilik je kut..tapi nak kuar plak, nak gi mana? Better habiskan masa baca buku....huh~

Day 309 (6/12/2010)

Awal pagi..

Monday Madness- Percaya atau tak...lebih 86% pekerja sektor awam mahupun swasta amat benci pada hari isnin...that y people call...Monday Madness...

Aku kena bangun lebih awal dari hari2 sebelumnya. that bcoz...hari isnin kena wat briefing kat budak2 aku...erm, tak sangka...minggu ni xde lagi staf generasi lama di kedai ni...semuanya generasi2 baru tahun 2010...(selepas Azrai,Felix, Moamar, Hakim n Rinda tinggalkan kedai ini)

8.00am

sume cm muka sangap. takde mood nk wat briefing..last aku cakap "today dismiss briefing.."
aku just wat report weekly..n faks pada Region..that all for early morning

8.30- 9.05am

Mencari mood sgt mudah...aku just cari ape yang bleh menarik minat aku balik..so aku decide baca buku yang aku beli ni semalam....Armagedon 2012-Bencana Akhir Zaman.
Seriously aku betol2 teruju baca buku ni.. Kisah 10 tanda kiamat. Ianya di related kan dengan Al-Quran n hadis dan disusun penceritaanya dengan kemas...erm..content buku ni aku akan citer secara mendalam kemudian


9.05am

kerja dah mula bertimbun atas meja aku..invoice UDI Marketing kena settle hari ni gak, Leganya si Dennis dah pun faks pada aku CN..so settle n balance balik invoice aku.erm...serabutnya banyak kerja lagi blom settle..

11.00am

Mood keje cukup bagus kali ni.cuma perut aku plak yang berkeroncong. aku tinggalkan keja n terus ke kedai bakery, sebelah pernama...aku cari roti sandwich dengan roti cheese je..cukuplah bfast n lunch aku hari ni...

12.30pm

Solat zohor

12.50pm

Hujan mula turun rintik2..adoi, camana aku nak gi bank ni. naik NouvoLc aku ni sah2 lenjun tgh jalan je nanti. payah sgt, pinjam keter abg lan...haha idea bijak


1.49pm

aku dah bank in duit untuk awek aku. dari situ aku leh dapatkan ubat minum dia dari supplier. hopefully ikhtiar kali ni berhasil untuk rawat sakitnya tu


4.10pm

update file n dokumen mane yang patut


5.00pm

Aku rehat di kuarters. solat asar n terus solat magrib

7.30pm

Takde keje nak wat, aku teruskan membaca buku aku ni. Hobi aku memang suka membaca. aku paling suka buku berbentuk sejarah,tamadun, geologi dan ramalan masa depan mengikut perspektif islam..

8.23pm

aku ajar si khairul tentang bagaimana nak urus stock yang bakal expired. dia mudah memahami..senang aku nak ajar

10.38pm

aku tengah update blog ni lah..hahaha

Sunday, December 5, 2010

My girl workplaces

Pulau Ketam as known as Crabs Island..the places who's anybody want to spent a time to fishing..I dont care about that activities..is b'coz..my lovely will live here, work here soo..and..erm hehehe..mybe one day..i'll be there..



simbol map













Map from google earth












Day 308 (5/12/2010)

Prolog....
Hari Ahad yang paling bosan pernah aku rasa. Ada kerja nak buat. Tapi tak smart la kalu buat masa cuti...So what to do today...aku nyak dari katil walaupun rasa nk tidur lagi...

5.53am

Suhu bilik terlalu sejuk..ni buatkan aku senang bangun tido n solat subuh...di Sabah ni memang la cepat cerah waktu pagi, kul 6.15am dah bleh tgk laut biru depan mata aku ni dari kuarters. pastu aku sambung tido balik....zzzz

9.30am

Aku bangun pun sebab N73 aku memekakkan telinga kerana alarm yang aku setkan. aku cari remote Astro...tgk saluran sukan..mana tau ada match epl malam tadi yang aku terlepas tengok. aku gelak dalam hati bila tau chelsea n everton sekadar seri 1-1..aku adalah penyokong setia M.U sejak umur aku 14 tahun lagi..

erm cuaca masih sejuk dalam bilik. maklumlah ada 2 unit aircond terpasang dalam bilik aku..boleh mati kesejukkan kalu tido atas lantai hehehe. Kalau sejuk camni, nampak gaya lambatla aku nak mandi...still golek2 atas tilam lagi. Aku toleh katil di hujung bilik di mana Wan tido, dia tak bangun lagi...waaarrrrhh aku menguap tah keberapa kali...aku cari bobo, aku pelok kuat2....

10.05

Adoi laparla plak...aku cari bfast dulu lah...aku gi kat tingkap dapur..dari sini aku nampak ada 2 gerai makan pagi masih operasi...harap2 ada nasik lagi lah...
pas cuci mata n basuh muka..aku nyak turun dari kuarters n gi cari nasik...nasib tak ramai orang..tak smpai 5 minit, aku dah berada kat bilik balik sambil menikmati juadah pagi ni hehehe

12.15pm

Wan dah lama bangun, bagusnya dia, dia kemas bilik,mop lantai,buang sampah...aku plak layan astro...paling best aku layan rancangan yang di hoskan oleh Aznil Hj Nawawi..rancangannya adalah 'clever'... Baru aku tau, rupanya jeruk timun boleh jadi mentol lampu, kalu nak cepat sejukkan air guna ais+garam n macam2 lagi lah aku belajar.....erm boring la lepak kat bilik...:(


2.07pm

Still boring kat bilik....Aku nyak ke 1 borneo lah..bleh usha hp kegemaran aku iphone4...dah lama aku idamkan..insyaAllah aku akan dapatkannya jugak..


2.45pm

Sedar xsedar..aku dah pun dah ada dalam 1 borneo shopping mall. laju btol aku nyak dgn Nouvo LC aku ni..aku jalan sorang2, cuci mata...n puas jalan, buku ilmiah je yang aku beli...takpelah yang penting aku tak balik tangan kosong. lagi satu, aku dah dapat idea baru cmana nak dapatkan iphone4 tu...jawabnya kena amik pelan maxis


5.15pm

Aku kini di IP plak...cari KFC, mulanya nak makan kat sini je..tp bila terfikirkan wan yang tak makan lagi..baik aku beli tapau n makan skali kat bilik dengan dia...erm good idea!


7.00pm

Aku n wan layan rancangan Surviving Disaster..Aku suka rancangan ni..host program ni mengajar penonton bagaimana kalu kita adalah mangsa pemberontak dalam shopping mall..cara nk keluar dari kepungan pemberontak...memang best gile


8.00pm

Kitorang layan buletin utama...

9.07pm

Aku rendam kain..jap gi nak basuh baju....hahahah

Friday, March 26, 2010

Day 59, Sepangar Bay,Sabah


Rasanya dah lama aku tak mengarang dalam bloger aku ni. So hari ini aku nak share kepada viewer mengenai inspirasi. inspirasi yang aku maksudkan ialah. apa yang kita lihat, apa yang kita alami dan apa yang kita rasa boleh dijadikan inspirasi.

Secara spesifiknya, aku jadikan filem-filem yang aku pernah menjadi sumber inspirasi. bukan sekadar hiburan semata-mata. Tapi, kita boleh ambil kira dari sudut positif untuk dijadikan contoh.

Ok, aku akan senaraikan 10 filem terbaik yang ada dalam koleksi aku sekarang:-

1. Band Of Brothers
2. Forrest Gump
3. Matrix (1,2,3)
4. Avatar
5. Hurt Locker
6. Cloverfield
7. Setem
8. National Treasure (part 1, 2)
9. Iron man
10. I am legend

Bukan prejudis kepada filem tempatan. tapi mutu filem luar wajar dijadikan contoh (yang positif...) kerana garapan cerita, ketelitian watak dan jalan cerita wajar di jadikan contoh. Bagi aku, filem arahan Khabir Bhatia, Setem adalah filem terbaik selain filem Cinta, Sepi dan drama Nur kasih. beliau peka dari segi ketelitian watak terhadap perjalanan cerita, dan dari situ dari jalan cerita yang biasa menjadi luar biasa.
ok itu saja yang aku nak share dgn viewer hari ini...

Wednesday, February 10, 2010

Day 12- Sabah

Hari ini aku pergi ke kedai motor, Syarikat Inti Deras Motor Sdn Bhd. Aku decide untuk beli motor kerana motor adalah penting dalam penggunaan seharian. Aku segan nak pinjam2 motor orang ni lagi, kalu ada motor sendiri..nak lanyak macamana pun takpe lah jugak

Pening gak nak pilih-pilih motor ni. Hakim menyarankan aku supaya ambil skuter Nouvo. Aku memang minat skuter dari dulu lagi. En Hashim plak racun pikiran aku supaya ambil Nouvo yang lebih besar skit..So mulanya aku dah decide nak ambil Nouvo S, tapi kecik plak..so finally, aku decide ambil Nouvo 135LC..Em design lawa, sporty, color pun aku suka. tapi tak banyak perkara yang aku study pasal motor tu melainkan sekadar tengok dalam YouTube.

Sejak aku berada di Sabah ni. Kulit aku makin gelap..dah macam kuda belang. panas disini tak sama seperti di semananjung. cukuplah ambil sehari je berjemur tengah panas..kulit dah bertukar jadi gelap...

Emm..aku takde aral melintang..kalu lah claim2 aku semuanya dapat release..aku dapat tampung perbelanjaan harian aku disini. Aku dah claim elaun perpindahan sebanyak RM 750, milage claim sebanyak RM 450..disamping itu gak aku dapat bonus prestasi sebanyak RM 1500++..aku cuba tight expences, n nk banyakkan saving duit untuk kawin

Thursday, February 4, 2010

Day 4- Sabah

1/2/2010

Tugasan aku sebagai seorang Penguasa Kedai di Kem Teluk Sepanggar bermula hari ini. Aku mula kenal staf-staf baru..Rinda ak Bansang, Naizin dan Noamar. aku tak tau performance keje diorang..dan aku mula study cara diorang bekerja.
Rinda merupakan orang Sarawak berketurunan iban dan dia merupakan staf paling senior disini, Naizin pula baru bertukar dari Kem Lok kawi. So far, aku enjoy kerja. sistem kerja disini terusun dan teratur. kawalan dokumentasi dan akaun dalam keadaan yang baik
untungnya aku disini, aku tak perlu push sales sangat kerana sales datang sendiri, malah pembekal sendiri yang offer nak masuk buat sales..
Dalam keadaan ok pun, aku sedih jugak mengenangkan buah ati aku, Ain. yang jauh berada di semenanjung. aku harap dia terus setia menanti kepulangan aku...

Wednesday, February 3, 2010

Day 3-Sabah

Day 3 in Sabah...Hmm..sesi menyesuaikan diri disini telah pun bermula...




11.30 am


Aku mula bertolak keluar dari Navy base. Hakim n Ikram jemput aku. Aku tak sabar nak explore bandar KK n sekitarnya untuk sesi suai kenal pertama ni.


Destinasi pertama kami pergi ialah di Karambunai Beach Resort. Karambunai ni adalah salah satu pantai yang famous gak di Sabah. Rata-ratanya foreign tourist yang ramai. Challet2 n homestay pun banyak kat sini. Apa yang menarik kat sini ialah Club Golfnye yang cantik kerana ia direka seperti konsep dalam taman

12.45 pm


Aku kini berada di atas punca bukit. di sekitar bandaraya KK. aku lupa apa nama bukit ni. tapi aku percaya ianya wujud sejak nama KK lagi iaitu bandar Jeselton ( betul ke aku eja...). Walau apapun. pemandangan disini menarik dan cantik. dari sini kita boleh lihat keseluruhan bandar KK, pelabuhan dan pulau-pulau yang berhampiran dengannya..kami tak lama duk dipuncak ni. kira-kira 10 minit baru kami turun bawah..nak cari kedai makan. lapar la...


1.30 pm..





Ni gambar aku dengan ikram. berlatar belakangkan pulau gaya n ada satu bot nelayan tengah lalu belakang. lepas makan aku terus menuju ke jeti dimana sape2 yang nak pegi pulau2..naik kat sini lah. tapi aku tengok, banyak private boat je dari public boat







4.30pm

Pe2 hal pun. aku nk ucapkan welcome to kota kinabalu. banyak lagi tempat nak berjalan..tunggu jelah blog ni nak di upload kan lagi hahaha..

Saturday, January 30, 2010

Day 2- Sabah

Hari ini lebih baik dari semalam

Aku akan cuba menggunakan perumpamaan seperti diatas. Nabi s.a.w pun cakap camtu. Skop aku lebih menjurus kearah bagaimana untuk membuat penyesuaian diri lebih pantas bila berada di sabah ni.

Aku akui memang banyak bezanya berbanding di Semenanjung. Aku ibarat seorang pemain bola sepak kelab Tontenham Hotpurs yang berpindah ke kelab besar seperti Machester United. Andai prestasi aku di takuk lama, aku akan gagal di sini. tapi tuntutan kerja dan kehidupan selapas waktu pejabat merupakan saingan yang lebih kompetetif.

Bayangkan aku datang kesini dgn serba kekurangan. sekadar membawa beg pakaian dan laptop. yang lain harus ditinggalkan. mana mungkin aku berpisah dengan kancil kesayanganku yang selama ni aku memacu nya, menekan pedal minyaknya, dan menemani aku diserata negeri. tapi kali ini, tugasan kerja menuntut aku supaya berpisah dengannya. tapi apa perlu dirisaukan kerana aku letak dirinya di tempat yang penuh kasih sayang. Abah aku seorang yang cermat menjaganya, malah jauh lebih baik dari aku

Friday, January 29, 2010

Mak pakai brooch sape tu?

Bonda yang tercinta..


Saturday, January 16, 2010

Birthday presents from my sweetheart







Text Ucapan Sempena Ulangtahun ke 29


Friday, January 8, 2010


8 Januari 2010

Genaplah sudah umur aku 29 tahun. Alhamdulilah,apa ada pada peristiwa umur baru aku ini:-

1. Kerja yang stabil, tenang, aman damai
2. Teman Hidup yang melengkapi hari-hari aku..thanks Ain Syihada me sweetheart
3. Beli Speaker PC baru n Raket Badminton
4. Surau kat depan umah dah boleh solat walaupun tak siap 100%
5. Syed jadi housmate aku sejak 2 Disember menggantikan Haris yang posting ke Ulu Tiram, Johor. Kita tetap kawan selamanya
6. Berat badan aku cecah 85kg, obesiti tahap sederhana
7 gaji naik RM 90 tahun 2010
8. Download citer Taken, Flags of Our Fathers, Jenifer Body, Mr Bean-Ultimate Disaster
9. Pagi 8/1 ni aku demam teruk, langsung tak leh bangun
10.Ain menjadi orang pertama wish birthday kat aku tepat kul 12 malam
11 Kawan-kawan wish birthday kat aku melalui laman Facebook