Saturday, January 30, 2010

Day 2- Sabah

Hari ini lebih baik dari semalam

Aku akan cuba menggunakan perumpamaan seperti diatas. Nabi s.a.w pun cakap camtu. Skop aku lebih menjurus kearah bagaimana untuk membuat penyesuaian diri lebih pantas bila berada di sabah ni.

Aku akui memang banyak bezanya berbanding di Semenanjung. Aku ibarat seorang pemain bola sepak kelab Tontenham Hotpurs yang berpindah ke kelab besar seperti Machester United. Andai prestasi aku di takuk lama, aku akan gagal di sini. tapi tuntutan kerja dan kehidupan selapas waktu pejabat merupakan saingan yang lebih kompetetif.

Bayangkan aku datang kesini dgn serba kekurangan. sekadar membawa beg pakaian dan laptop. yang lain harus ditinggalkan. mana mungkin aku berpisah dengan kancil kesayanganku yang selama ni aku memacu nya, menekan pedal minyaknya, dan menemani aku diserata negeri. tapi kali ini, tugasan kerja menuntut aku supaya berpisah dengannya. tapi apa perlu dirisaukan kerana aku letak dirinya di tempat yang penuh kasih sayang. Abah aku seorang yang cermat menjaganya, malah jauh lebih baik dari aku

0 comments:

Post a Comment