Wednesday, February 10, 2010

Day 12- Sabah

Hari ini aku pergi ke kedai motor, Syarikat Inti Deras Motor Sdn Bhd. Aku decide untuk beli motor kerana motor adalah penting dalam penggunaan seharian. Aku segan nak pinjam2 motor orang ni lagi, kalu ada motor sendiri..nak lanyak macamana pun takpe lah jugak

Pening gak nak pilih-pilih motor ni. Hakim menyarankan aku supaya ambil skuter Nouvo. Aku memang minat skuter dari dulu lagi. En Hashim plak racun pikiran aku supaya ambil Nouvo yang lebih besar skit..So mulanya aku dah decide nak ambil Nouvo S, tapi kecik plak..so finally, aku decide ambil Nouvo 135LC..Em design lawa, sporty, color pun aku suka. tapi tak banyak perkara yang aku study pasal motor tu melainkan sekadar tengok dalam YouTube.

Sejak aku berada di Sabah ni. Kulit aku makin gelap..dah macam kuda belang. panas disini tak sama seperti di semananjung. cukuplah ambil sehari je berjemur tengah panas..kulit dah bertukar jadi gelap...

Emm..aku takde aral melintang..kalu lah claim2 aku semuanya dapat release..aku dapat tampung perbelanjaan harian aku disini. Aku dah claim elaun perpindahan sebanyak RM 750, milage claim sebanyak RM 450..disamping itu gak aku dapat bonus prestasi sebanyak RM 1500++..aku cuba tight expences, n nk banyakkan saving duit untuk kawin

Thursday, February 4, 2010

Day 4- Sabah

1/2/2010

Tugasan aku sebagai seorang Penguasa Kedai di Kem Teluk Sepanggar bermula hari ini. Aku mula kenal staf-staf baru..Rinda ak Bansang, Naizin dan Noamar. aku tak tau performance keje diorang..dan aku mula study cara diorang bekerja.
Rinda merupakan orang Sarawak berketurunan iban dan dia merupakan staf paling senior disini, Naizin pula baru bertukar dari Kem Lok kawi. So far, aku enjoy kerja. sistem kerja disini terusun dan teratur. kawalan dokumentasi dan akaun dalam keadaan yang baik
untungnya aku disini, aku tak perlu push sales sangat kerana sales datang sendiri, malah pembekal sendiri yang offer nak masuk buat sales..
Dalam keadaan ok pun, aku sedih jugak mengenangkan buah ati aku, Ain. yang jauh berada di semenanjung. aku harap dia terus setia menanti kepulangan aku...

Wednesday, February 3, 2010

Day 3-Sabah

Day 3 in Sabah...Hmm..sesi menyesuaikan diri disini telah pun bermula...




11.30 am


Aku mula bertolak keluar dari Navy base. Hakim n Ikram jemput aku. Aku tak sabar nak explore bandar KK n sekitarnya untuk sesi suai kenal pertama ni.


Destinasi pertama kami pergi ialah di Karambunai Beach Resort. Karambunai ni adalah salah satu pantai yang famous gak di Sabah. Rata-ratanya foreign tourist yang ramai. Challet2 n homestay pun banyak kat sini. Apa yang menarik kat sini ialah Club Golfnye yang cantik kerana ia direka seperti konsep dalam taman

12.45 pm


Aku kini berada di atas punca bukit. di sekitar bandaraya KK. aku lupa apa nama bukit ni. tapi aku percaya ianya wujud sejak nama KK lagi iaitu bandar Jeselton ( betul ke aku eja...). Walau apapun. pemandangan disini menarik dan cantik. dari sini kita boleh lihat keseluruhan bandar KK, pelabuhan dan pulau-pulau yang berhampiran dengannya..kami tak lama duk dipuncak ni. kira-kira 10 minit baru kami turun bawah..nak cari kedai makan. lapar la...


1.30 pm..





Ni gambar aku dengan ikram. berlatar belakangkan pulau gaya n ada satu bot nelayan tengah lalu belakang. lepas makan aku terus menuju ke jeti dimana sape2 yang nak pegi pulau2..naik kat sini lah. tapi aku tengok, banyak private boat je dari public boat







4.30pm

Pe2 hal pun. aku nk ucapkan welcome to kota kinabalu. banyak lagi tempat nak berjalan..tunggu jelah blog ni nak di upload kan lagi hahaha..