Hari ini aku pergi ke kedai motor, Syarikat Inti Deras Motor Sdn Bhd. Aku decide untuk beli motor kerana motor adalah penting dalam penggunaan seharian. Aku segan nak pinjam2 motor orang ni lagi, kalu ada motor sendiri..nak lanyak macamana pun takpe lah jugak
Pening gak nak pilih-pilih motor ni. Hakim menyarankan aku supaya ambil skuter Nouvo. Aku memang minat skuter dari dulu lagi. En Hashim plak racun pikiran aku supaya ambil Nouvo yang lebih besar skit..So mulanya aku dah decide nak ambil Nouvo S, tapi kecik plak..so finally, aku decide ambil Nouvo 135LC..Em design lawa, sporty, color pun aku suka. tapi tak banyak perkara yang aku study pasal motor tu melainkan sekadar tengok dalam YouTube.
Sejak aku berada di Sabah ni. Kulit aku makin gelap..dah macam kuda belang. panas disini tak sama seperti di semananjung. cukuplah ambil sehari je berjemur tengah panas..kulit dah bertukar jadi gelap...
Emm..aku takde aral melintang..kalu lah claim2 aku semuanya dapat release..aku dapat tampung perbelanjaan harian aku disini. Aku dah claim elaun perpindahan sebanyak RM 750, milage claim sebanyak RM 450..disamping itu gak aku dapat bonus prestasi sebanyak RM 1500++..aku cuba tight expences, n nk banyakkan saving duit untuk kawin


0 comments:
Post a Comment