Saturday, September 26, 2009

Video di Pantai Bukit Keluang

Mengembara di Pantai Bukit Keluang



25/9/2009
-1500
aku dan haris bertolak dari rumah ke pantai bukit keluang. aku cuma bawak beg galas kosong je, aku cadang nak cari seberapa banyak khazanah laut..contoh cm kulit siput,cengkerang,batu karang etc


-1515
aku dan haris smpai di tempat yang kami tuju tu. kelihatan ramai pengunjung yang telah pun ada sebelum kami, aku dapat agak ada yang datang seawal pagi, diorang siap berkelah kat kawasan persisir pantai tu, uniknya ditempat ni sebab ada bukit di tepi pantai, that why ianya dinamakan pantai bukit keluang.
paling membuatkan aku teruja ialah..banyak gua2 semula jadi telah pun tebentuk di sepanjang persisir pantai tu..ada yang lebar sebesar gelanggang bola tampar..ada yang tinggi dinding gua smpai 3 tingkat rumah flet. pe2 hal aku citer pas ni

-1525
kami ambil masa skit sebelum ekspedisi bermula, aku menikmati alam sekeliling yang masih terpelihara. kelihatan ada tangga naik ke atas bukit tu. ras cm nak naik, tapi tujuan kami bukan untuk mendaki, sebaliknya sekadar berjalan menyusuri pantai dan gua2 tu saja.
kami mula naik jambatan yang telah dibina untuk trak berjalan kaki. memandangkan tempat tersebut banyak batu2 tajam dan merbahaya. namun jambatan tu tak lah panjang mana. bagi mereka yang ingin teruskan pengembaraan, kena lah turun dari jambatan yang paling hujung.

so kami pun turunlah n terus menyusuri pantai yang bersih ni, depan aku kelihatan pulau perhentian yang satu ketika dulu pernah aku tawan bersama Rosdi.
aku dan haris mula mencari apa yang kami boleh katakan ianya sebagai souvenier pantai. banyak jgk yang aku dapat kumpul dan aku masukkan ke dalam beg

sedang haris asyik leka menekan butang kameranya, aku plak merapati beberapa pintu gua. memang aku teruja sgt..kebanyakkan pintu gua sgt cantik kerana diukir secara semula jadi..
k lah pe2 aku citer lain kali..dah ngantuk nak tdo dul kroh kroh kroh

Friday, September 4, 2009

The day( we'll never forget)- Part 1

Sudah masuk hari ketiga pasukan penyelamat yang datang dari pelbagai Negara telah berkampung di bandar ini. Mereka melakukan operasi mencari dan menyelamat penduduk bandar ini yang dikatakan masih hidup. Sedangkan mereka tahu fakta sebenar, mustahil untuk melihat insan yang bernyawa masih kekal di sini.

Sejak kejadian pada tiga hari yang lalu. Tiada sesiapa yang benar-benar pasti kenapa bandar ini musnah sama sekali. Segala paparan dan berita mengenainya di kawal rapi dan tidak dihebahkan kepada umum. Apa yang pasti, bandar ini digelar ‘total lost’. Ibarat padang jarak padang terkukur.

Di satu sudut kawasan timbunan bangunan...

“Yo, what up..Take a look!” Miguel menunjukkan sesuatu yang dipegangnya kepada Andrew. Dia memegang senaskah buku yang hampir separuh darinya sudah dijilat api,

“What is it?” Andrew, mula membuka cermin matanya. Melihat dengan lebih teliti.
“I think..You are looking for this?” Miguel lantas menghulurkan buku itu kepada rakannya.

Andrew terus membeleknya. Membuka helaian demi helaian dengan penuh cermat. Di cuba membaca apa yang terkandung di dalamnya.

“Binggo!” Andrew tersenyum lebar. Dia yakin dengan penemuan ini, akan menguatkan bukti lagi tentang kewujudan yang disifatkan oleh pihak FBI, unknown tragedy


1 Januari 2045

Hai nama aku Azreen bt Zainal. Member panggil Reen je. Umur aku 19 tahun. Azam aku tahun ni nak penuhkan catatan journal aku dalam diari ni. Aku tahu, menulis diari ni dah ketinggalan zaman. Tapi bagi aku ia tetap klasik dan senang dibawak kemana-mana. Aku beli diari ni semalam kat kedai Ansari Book Store, Aku harap wawa dan zana tak baca diari aku lagi. Taknak kantoi macam tahun lepas. Disebabkan kantoi lah, aku malas nak tulis diari.

4 Febuari 2045


Hari ini hari jadi adik aku shanaz. Papa hadiahkan dia i-pod 6G latest lagi tu. Jelous aku L. Alah nanti birthday aku, boy aku dah janji nak belikan aku hanset baru. Alah what everlah..hari ini aku balik kelas cepat sebab lecture aku ada meeting. Wawa ajak pegi town, teman dia window shopping. Tapi aku malas lah. Yang penting diari aku ni selalu teman aku kemana pun aku pegi

17 Febuari 2045

Cuaca sejuk, budak-budak campus banyak yang balik cuti. Aku plak terperuk kat dalam bilik. Jap lagi Zana datang amik aku.. k bye

21 Febuari 2045

Pertama kali dalam hidup aku, Fahmi buat suprise macamni. Patutla dia beriya-riya taknak main bola petang ni. Rupanya nak celebrate birthday aku. Yang specialnya, dia hadiahkan aku cincin.siap tolong sarungkan pada jari aku lagi..My boy so romantic, i love you fahmi..

22 Febuari 2045

Aku masih terkenang kisah semalam. Semua insan yang aku sayang buatkan hari aku semalam yang paling indah. Papa wish birthday kat aku..dia cakap “Dah besar pun anak papa ni..”

Sedari tadi Andrew masih mencari bahan-bahan untuk bukti untuk dibawa balik ke makmalnya nanti. Segala bahan seperti sampel tanah, air di sebalik runtuhan bangunan tersebut diambilnya untuk di’analisis. Dia membungkus cermat dengan plastik dan setiap satunya akan dilabelkan.
Yang pasti, keterujaannya hanya pada diari yang dijumpai oleh Miguel semalam. Dia telah pun membaca sebahagian kecil dari catatan di dalam diari tersebut semalam. Mujurlah dia mengusai bahasa melayu dengan baik. Itu pun rakan baiknya –

“Hi Doc, how are you!” Darius menyapanya. Dia separuh terkejut. Baru dia sedar, pintu kabin roomnya tak ditutup kemas

“Much better..” Dia sekadar tersenyum..
“May I –” Darius masih memegang tombol pintu mohon izin masuk darinya

“Yeah sure, please..Come in Darius!”

Darius sudah pun berdiri di depannya. Sejak kejadian itu, Darius lah tempat dia rujuki. Darius jugaklah memudahkan segala apa yang beliau ingin cari disini.
“ Can you read this book for me!” Andrew lantas menghulurkan diari tersebut kepada sahabatnya

“Absolutely..” Jawab Darius ringkas.

Darius kerut dahi melihat diari ditangannya ini. Dia mebuka satu persatu dengan penuh minat. Dia ingin tau kandungan di dalamnya. Dia tau Doctor Andrew dapat jawapan tentang apa yang berlaku melalui catatan ini.

“So..what do you think?”
“Em..Journals..”

“Kepunyaan seorang perempuan, betul?
“So, you can speak Malay do you?” Darius agak terkejut kerana Doctor Andrew boleh berbahasa melayu

“Sikit-sikit boleh lah” Masing-masing ketawa



1 Mac 2045

Aku bengang gila. Pergi holiday dekat pulau tioman minggu lepas, diari kesayangan aku ni boleh tertinggal kat rumah. Sepanjang 4 hari aku kat sana bagaikan aku hilang arah. Papa dan mama perasan yang aku tak happy sepenuhnya masa holiday ni. Aku bukan tak happy, tapi aku frustrated tak bawak diari. Atleast adalah benda aku nk tulis something pasal tempat ni..adoiii


15 Mac 2045

6.30pg

Hari ini hari rabu, aku bangun jam 5 pagi tadi lagi. kelas aku dibatalkan melalui sms dari kawan aku. Aku tak tahu apa puncanya. Aku dah tanya kawan-kawan aku lain kenapa? Diorang cakap.kemungkinan kami diarah balik kg. Aku tanya kawan-kawan yang bukan satu fakulti dengan aku. Mereka juga kata semua kelas hari ini dibatalkan

6.45pg

Melalui tingkap bilik aku, aku lihat dua kereta polis memasuki perkarangan kolej. Aku dah tak sedap hati. Jantung aku berdebar kencang. Aku kejut Wawa. Aku takut bersendirian. Aku tunjuk kat wawa tentang kehadiran kereta polis tu.

7.05pg

Aku sekarang dengan semua penghuni kolej berkumpul di court bola tampar. Pukul 7 pagi tadi ada penguguman tergempar dari pengetua supaya berkumpul segera. Suasana menjadi riuh rendah Tapi kali ini aku tak miss diari journal lagi. Setiap apa yang berlaku aku akan tulis



7.08pg

Trak tentera mula bersimpang siur. Tak salah aku lebih dari 10 trak telahpun lalu di kawasan kolej menghala ke universiti. Ramai diantara kami kelihatan panik. Masing-masing ingin mengetahui tentang apa yang berlaku di awal pagi ini.

7.15pg

Mama call aku tadi. Dia menangis kerana risaukan aku. Mama kata hari ini semua pejabat, premis perniagaan, institusi-institusi dan sekolah diarah tutup. Mama kata papa terperangkap dalam perjalanan nak pegi office. Pihak tentera semakin ramai berkumpul di dalam kawasan bandar. Seolah-olah menantikan sesuatu yang bakal hadir. Hati aku makin gelisah.

8.02 pg

Aku kini didalam trak askar. Kami diarah berpindah serta merta dan mencari tempat perlindungan yang selamat. Semua orang panic termasuk lah aku. Apa yang jadi ni? Aku dengan keadaan masih pakai baju tidur dan berselipar jepun. Ada seorang Pegawai Tentera marah aku kerana aku banyak soal bertanyakan itu ini. Dia arahkan aku lekas naik sahaja ke dalam trak tanpa bersuara.

Aku tengok Wawa dan Zana saling berpelukkan. Wawa dah nangis dan Zana pula peluk dan cuba menenangkannya. Wawa cakap ayah dia telefon tadi dalam keadaan cemas. Dia pesan kat wawa supaya jaga diri dan diakhir perbualan tu, letupan yang kuat berlaku kedengaran. Wawa hampir pengsan kerana dia tidak lagi dengar suara ayahnya selepas itu kerana talian terputus.

continued...

My Girl-who gave a lot of inspiration

Perkenalan kami bermula sekitar hujung bulan Jan dan awal bulan Febuari. Berkenalan secara tak sengaja di ruangan Yahoo Massanger (YM) ini terus membuatkan kami bersatu hati dan tak sangka kami sampai ke tahap hubungan yang dikatakan cinta.

Bagi aku, kehadiran dia mewarna warnikan kehidupan aku pada tahun 2009 ini. Dia terlalu istimewa dan dia menepati citarasa dan impian aku selama ini. Bagiku dia gadis berpakej. Bukan saja cantik, tetapi berpelajaran,bijak, kelakar, manja tapi dia seorang yang berprinsip, beriman dan energetic. Tapi yang membuatkan kami serasi ialah..kami sering bersifat terbuka dan berterus terang. Itu yang membuatkan kami kekal mesra dan jarang bergaduh.

Uniknya hubungan kami ni, kami tak bersua muka. Cukuplah sekadar ber sms, telefon, YM dan emel. Dan kami juga telah membuktikan bahawa cinta jarak jauh bukanlah satu masalah. Mungkin juga disokong dengan teknologi baru yang telah mendekatkan kami secara tidak langsung.

Dialah Ain Syihada bt Jumali. Umur 23 tahun, sebaya adik aku. Aku harap jodoh akan berpihak pada kami. Kerana dial ah sumber inspirasi ku. Aku tak rela kehilangan dia dan aku juga sudah penat mengembara mencari cinta. Aku ingin rehat dan hidup bahagia bersama dia. InsyaAllah