Thursday, July 9, 2009

Michael Jackson vs Slash Live MTV awards 95

Tuesday, July 7, 2009

Micheal Jackson Tribute

Aku adalah peminat setia MJ sejak dari aku kecil lagi, dan aku membesar dengan lagu-lagu dia. Tapi semalam selepas aku tengok dalam You Tube..majlis memperingati MJ di Staples Centre, LA. Aku baru sedar, dunia baru kehilangan seorang superstar planet bumi ini. dia setaraf dengan lagenda-lagenda seperti Elvis Preasly n boleh aku katakan di juga sehebat Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang lahir di tanah air kita.

Sampai sekarang pun aku masih dengar lagu-lagu MJ, contoh macam lagu Thirller, Bad, Black Or White, Smooth Criminal etc. Bukan tujuan aku menganggungkan dia. tapi aku sekadar salah seorang peminat diantara berjuta-juta peminat-peminatnya yang meminati tarian dan lagu-lagunya.

Kebiasaannya orang bertaraf lagenda meninggalkan kesan bertahun-tahun lamanya diingatan kita, malah berkurun pun orang masih ingat padanya. MJ tiada galang ganti, punya identiti n personaliti yang tak dapat ditiru. dia tetap dia..lagenda pop termasyhur se-planet bumi

Aku masih ingat lagi, tahun pertama aku di universiti, setiap kali bangun pagi. aku akan kejutkan rakan-rakan aku dengan mainkan CD lagu-lagu MJ...Bayangkan lagu yang rancak sebegitu boleh mengejutkan rakan-rakanku tidur, malah ada yang tunggu turn nak mandi kat tandas siap menari n nyanyi sama-sama lagu-lagu MJ.

My life diary sekadar mengingatkan kembali apa yang berlaku kira-kira 8 tahun yang lalu. bila ingat lagu-lagu MJ, saya akan teringat dengan telatah dan perangai gila-gila rakan-rakan saya.

Remember me my friends: Amat, Sharil, Abel, Apat, Ali, Syuk dan Mat Off

Monday, July 6, 2009

CSI drama? No..This is LSI (Love Story Investigation)

LSI menggantikan rancangan CSI:miami tak lama lagi di kaca tv anda. LSI ni pelik sikit sebab agen penyiasatan bukan lagi cari kes-kes jenayah..tapi ada kes-kes yang special tak dapat di fikirkan... tapi, lu pikir la sendiri..hahaha.

Cari Jodoh


Apa salahku Apa salah ibuku
Hidupku dirundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan aku
Tuk jadi pengobat pilu
Tuk jadi penawar rindu
Tuk jadi kekasih hatiku

Timur Ke Barat
Selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim duren hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku aku temukan
Oh tuhan inikah cobaan
Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku
aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
karena cuma diriku yang tak laku-laku
Pengumuman-Pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasiani aku
Tolong cari diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau

Melaka Tour 2009

My Life Diary tak lengkap kalau kita sendiri tak warna warnikan perjalanan seharian hidup kita. maka dengan itu aku memilih untuk melengkapkan "My Life Diary" dengan pergi melancong. Alhamdulilah..dari awal tahun sehingga kini, aku dah melancong di 2 tempat yang berbeza suasana.

Melaka Tour (3-5 Julai 2009)





Gambar kiri: aku bersama family, naim, mak dan abah disekitar perkarangan dataran pahlawan.
Adik perempuan aku yang ambik gambar ni. yang sorang lagi merayau dengan kawan dia



Gambar kanan: Pemandangan muara sungai melaka.Gambar ini dirakam diatas kapal portugis pada waktu pagi. Aku teruja sangat-sangat kerana aku bangga negara kita pun indah dan banyak untuk di lawati. Penduduk tempatan cakap. muara sungai ni lah yang jadi pelabuhan termasyhur di dunia satu ketika dulu di zaman kesultanan melayu melaka. Aku peminat sejarah. jadi memang secocok lah dengan minat aku untuk datang dan melawat kesini. memang melaka kaya dengan sejarah peradaban bangsa kita sendiri.

Gambar atas: Aku pose dengan senjata penangkis milik TLDM

Gambar kanan: Aku bersama family di depan kota A Famosa. Orang cakap. tak lengkap kalau melawat melaka tak pergi kota A famosa. huh bayangkan dari tahun 1511 sehingga kini..( 5 kurun) seni binaannya kukuh. kalau umah aku ada binaan macamni..boleh lah tahan 5 kurun lagi hahaha..







Gambar ni aku ambil masa dalam muzium kapal. Rekaan dalaman kapal replika ini sama dengan bentuk asal. kalau aku ada rumah macamni kan best. aku suka bahan binaan rumah dari kayu. Nampak natural n artistik. Aku harap one day cita-cita aku tercapai nanti. Ain pun tau hasrat aku ni. dia jenis ikut je. malah dia pun minat jugak.







Aku seronok tengok abah, mak n adik2 hepi bila bersama-sama pegi melancong macmni. abah yang sakit ni pun boleh baik sakit dia..pemandangan gambar kat sebelah ni, dia atas dek kapal dagang. gambar aku takde coz aku lah yang ambil gambar ni







Gambar ni barulah complete..semua ahli keluarga aku ada..dari kiri Titi, mak,aku, dida, naim n abah.Gambar ni berlatar belakangkan kota A famosa pada waktu senja..time ni memang best sebab lampu di sekitar tempat ni warna warni n jadi meriah. berjalan waktu malam nyaman sikit, tak panas n tak crowd...
Kami jarang kumpul macamni. tapi kalau dah jumpa memang best, nak plak melancong sama-sama.








Continue Tour Melaka part II..





Wednesday, July 1, 2009

Morning in my house

Rakaman ini direkod pada awal pagi, di rumah aku
My Life Diary

Pernah tak kita terfikir apa yang telah terjadi, yang baru sahaja terjadi mahupun yang akan terjadi?

Kalau kita mampu berfikir dan mencongak tentang kejadian yang pernah atau akan kita lalui, sememangnya daya ingatan kita cukup baik..itu pun kisah2 yang betul-betul terpahat di minda kita.

Sesungguhnya..putaran bumi 345 hari/setahun telah membuatkan kita melakarkan satu sejarah kehidupan, peristiwa, mahupun kejadian dulu. Tapi sejauh mana kita ingin menghayati kisah lalu, terpulanglah pada diri kita sendiri,
Seperti aku juga,Setahun yang lalu aku tak pernah terfikir apa yang terjadi sekarang. kini aku di Pernama, Jertih, Terengganu. Aku ada Ain Syihada yang bertakhta dihati, setidak-tidaknya aku dah ada rumah, walaupun rumah sewa, jiran-jiran yang baik, staf yang sporting, tapi bos yang garang..huh
Setahun lalu..life aku totally differents, baik keadaan persekitaran kerja, suasana dan sebagainya.
Akan datang, aku tak tau apa akan terjadi, yang pasti aku harap ianya lebih baik dari hari ini..
Aku cuma impikan kehidupan yang lebih teratur dan bahagia..sudah pasti aku terfikirkan soal jodoh..

Continue in part 2