Tuesday, July 7, 2009

Micheal Jackson Tribute

Aku adalah peminat setia MJ sejak dari aku kecil lagi, dan aku membesar dengan lagu-lagu dia. Tapi semalam selepas aku tengok dalam You Tube..majlis memperingati MJ di Staples Centre, LA. Aku baru sedar, dunia baru kehilangan seorang superstar planet bumi ini. dia setaraf dengan lagenda-lagenda seperti Elvis Preasly n boleh aku katakan di juga sehebat Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang lahir di tanah air kita.

Sampai sekarang pun aku masih dengar lagu-lagu MJ, contoh macam lagu Thirller, Bad, Black Or White, Smooth Criminal etc. Bukan tujuan aku menganggungkan dia. tapi aku sekadar salah seorang peminat diantara berjuta-juta peminat-peminatnya yang meminati tarian dan lagu-lagunya.

Kebiasaannya orang bertaraf lagenda meninggalkan kesan bertahun-tahun lamanya diingatan kita, malah berkurun pun orang masih ingat padanya. MJ tiada galang ganti, punya identiti n personaliti yang tak dapat ditiru. dia tetap dia..lagenda pop termasyhur se-planet bumi

Aku masih ingat lagi, tahun pertama aku di universiti, setiap kali bangun pagi. aku akan kejutkan rakan-rakan aku dengan mainkan CD lagu-lagu MJ...Bayangkan lagu yang rancak sebegitu boleh mengejutkan rakan-rakanku tidur, malah ada yang tunggu turn nak mandi kat tandas siap menari n nyanyi sama-sama lagu-lagu MJ.

My life diary sekadar mengingatkan kembali apa yang berlaku kira-kira 8 tahun yang lalu. bila ingat lagu-lagu MJ, saya akan teringat dengan telatah dan perangai gila-gila rakan-rakan saya.

Remember me my friends: Amat, Sharil, Abel, Apat, Ali, Syuk dan Mat Off

0 comments:

Post a Comment