Tuesday, June 2, 2009

Ceria

Ceria

Sawah bendang hijau menderang
Angin sepoi menjengah riang
Hati ceria diulit terang
umpama mentari ceria siang

seindah wajah menggamit girang
mengunyah udang menghilang berang
penyejuk hati mekar gemilang
dibuai mimpi indah menjadi jiwang

desiran ombak penyambung bincang
diri berdiri umpama tiang
menghirup udara hingga hidung kembang
tawa di bibir bebas tak menghilang

aku ceria moga bahagia tak menghilang
kerana kutemui pengujung yang tiada jurang
bukan ku minta yang lebih mahupun kurang
sekadar apa yang sepatutnya milik orang


Nukilan: HAZAMI DAREN

1 comments:

~HaNamiChie~ said...

wah..dh pandai yer..gud luck k..teruskan mengarang..

Post a Comment